*balas senyum-senyum dulu.
" matrik mana dulu ? "
" matrik kat arau, perlis "
" wow, jauh. ambil ape ? "
" ambil akaun. ambil architecture ye ? "
" ha'ah ... "
" err, tak susah ke ? "
" emm, ...kalau minat tak susah laa "
" owhh .. "
so, bila sebut pasal architecture, semua orang kata susah. semua macam pelik bila aku cakap, SAYA AMBIL ARCHITECTURE. apakah ? sebab architecture antara profession yang kurang diminati di malaysia ? sebab profession ini untuk orang lelaki sahaja ke ? perempuan sekadar architect rumah tangga. begitu ?
ingin saya tekankan bahawa nisbah architect di malaysia adalah lebih kurang 1 : 16000 pada tahun 2009.
Susah ke wahai architect - architect di luar sana ? setahu aku RAMAI female architect kat luar sana. nak aku listkan ?
" betul nak amik architecture ? "
'' betul ...... "
" betul ? susah tau .... "
" betul ..... "
berapa banyak betul saya kena convince anda ? okay. fine. maybe sebab kita selalu didedahkan dengan architect berjantina lelaki. maybe sebab architect sinonim dengan lelaki. tapi tiada garis panduan yang mengatakan architecture only for men. oleh itu, berilah lah kami perempuan pula untuk menjadi architect. If a woman can run the parliament, why can't a woman be an architect ? bila ada perempuan yang jadi architect, berbangga la kerana perempuan pun boleh berjaya seperti lelaki. dan jika ada architect yang berpegang pada prinsip islam regardless the sex, berbangga lah lagi kerana orang islam pun boleh sehebat orang barat.
izinkanlah kami menjadi architect yang muslimah.
" susah tau jadi arkitek. kau kena tahu mana nak pasang elektrik, kau kena tahu sistem kumbahan. pencahayaan dari mana, arah mata angin. tanah pun bukan sebarang tanah kau boleh buat bangunan.... ''
percayalah, dah banyak kali aku dengar perkataan SUSAH ni. tapi kerana minat, aku sanggup ambil risiko. biar aku boldkan. kerana minat. mind you that i am most definitely aware of the risks and the great struggle of being in this field. bila minat, insya-allah semua benda yang susah jadi senang. bila orang tanya aku, susah tak medic ? aku jawab,
'' susah ! kau kena belajar dekat berapa puluh tahun. kena hafal term-term yang pelik2. kena tahu segala jenis proses dan sistem. bagaimana satu sistem ada connection dengan sistem-sistem yang lain. dengan darah lagi bla bla bla... ''
kalau bio aku cakap susah, apatah lagi medic. aku jawab susah sebab aku tak minat. cuba tanya budak yang ambil medic, mesti dorang dengan muka selamba jawab senang je oi! sebab mereka minat bukan.
kalau orang tanya, susah tak accounting ? aku jawab,
'' susah. kena balance perbelanjaan laa, nombor kena betul sebab salah satu nombor salah semua. ada cukai lagi, budget bla bla bla... ''
budak akaun pula cakap alarhh, senang jew.
see ? if you have the passion, you have the will to be success nevertheless the risks and obstacles.
tapi sebenarnya mindset. mindset manusia yang suka kata susah tanpa mencuba. mindset manusia yang tak nak berusaha untuk mengikis perkataan susah dari kepala. dan dalam apa jua situasi pun, kita kembali kepada prinsip yang paling asas. TIADA PEKERJAAN DI DUNIA INI YANG SENANG. TIADA YANG SENANG TANPA USAHA YANG MANTAP.
wassalam.
