Sebagai budak architecture, kehidupan kami sangat tunggang-lagang dan kelam-kabut. Kenapa? Sebab satu, rutin tidur kami agak berberza dengan course lain. Kami selalu buat kerja sampai subuh dan kalau 3 hari tak tidur, ah normal. Lepas tu siang kami tidur sampai rasa nak bangun. Sebab itu budak architecture, atau dalam kes kami, budak KAED sering digelar hantu malam, kelawar, atau zombie. Tak pun panda, sebab few days before the submission date, tidur adalah satu nikmat yang tak dapat dirasai, mata kami dah start ada lingkaran hitam. Panda. Comel kan kami?
Dua, rutin makan. Nescafe has always been our best drug. Kajian menunjukkan penjualan nescafe sangat tinggi ketika nak dekat submission day. Tak pun maggi. Kerana cost dalam architecture agak tinggi sebab nak kena beli bahan untuk project. Nak beli kertas pun bukan kertas yang biasa-biasa. contoh watercolor paper yang berharga lebih kurang RM4 dan bukan satu kena beli, tetapi adalah dalam 5 - 6 helai. Itupun kalau tak ada mistakes dalam drawings. or kena redo. So, kami terpaksa ikat perut dan maggi adalah solusi untuk mengenyangkan perut yang terbaik. Dan kadang-kadang tak sempat nak beli makanan. Dua hari tak makan, normal tu. Dan juga tiada istilah breakfast, lunch or dinner dalam hidup kami. Bila lapar, kami makan. Sama ada anda jadi semakin kurus atau sebaliknya. Hmmm...
Tiga, rutin pemakaian. Awal-awal semester comel, akhir-akhir semester comot. Awal semester semangat gosok baju sebelum pergi kelas. Semangat pakai baju kaler-kaler, tudung belit-belit. Dah dekat final, pakai jubah je memanjang, tudung sarung or tudung kaler hitam putih je. Tak pun selendang. Oh, aku tak pandai pakai selendang. nanti tercekik. Aku pakai tudung bawal biasa je. Heh.
And lastly, kami banyak ketinggalan. Movie apa yang hot sekarang? Geleng kepala. Bila exactly Awal dengan Scha kawin? Geleng kepala. Apa program yang sedang berlaku kat center masjid? Geleng kepala jua. Birthday roommate sendiri pun tak ingat. Sebab kami indulgekan hari kami dengan drawing drawing dan drawing, dan model. Social life? Orang mana lah kenal aku. Macam mana nak kawin ni...
Anyhoo, I must say, this field is quite tough and challenging. You don't sit back and relax and expecting things to go your way. It'll take blood, toil, tears and sweat to stay firm in this field. Especially when you are competing with the most creative people you've ever seen. And there were times where I had my own breakdowns. And there were times where I had my own sweet little victory. It's not easy, but I enjoy creating something for the ummah.
rumah saya :)