L O C A T I O N : Sungai Tekala, Hulu Langat
D A T E : 5 -7 October 2012
P A R T I C I P A N T S : Batch ARCXIV
Part paling best masa site visit; mandi sungai dengan ria gembiranya. Bawa tuala sehelai, tanggalkan selipar, masuk air. Sejuk memang sejuk, tapi sangat refreshing. Bila float atas air, terasa macam masa berhenti sekejap. Kami tiba-tiba jadi macam budak-budak. Main air, splash orang , tarik orang masuk air walaupun orang tu merayu-rayu tak nak basah, terjerit-jerit macam budak kecil. Bibir dah colorless, perjuangan dalam mensplash orang tetap diteruskan. Kawan-kawan cuba float, tapi aku tetap juara dalam float atas air. Kawan-kawan cakap macam balak. Cis.
Part paling tak best masa site visit; diarrhoea. Bangun pagi pukul 2, perut sakit tahap extreme, turun tandas, air pula tak ada. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Terpaksa kejutkan kawan, mintak teman cedok air dekat tasik depan chalet tapi tebing sangat curam. Pergi sungai belakang chalet, curam jua. Akhirnya, terpaksa masuk tandas budak laki sebab nak amik air. Walaupun dah makan ubat, sampai hari ini tak sembuh lagi.
Part yang sentiasa best; kawan-kawan saya yang gila-gila dan awesome. Dalam bas, gelak. Nak tidur, gelak dulu. Time makan, gelak suap, gelak suap. Time berebut tandas, semua cop number. Siapa mandi lama, memang nak kena. Time nak kenakan orang, korang memang juara. Bangga aku.
Part yang memang tak best; hari jumaat ini dah kena present tentang site analysis. Seperti biasa, setiap malam kena datang studio. Model site tak buat lagi. Sleep deprivation, itu memang pasti. Pagi jumaat, semua mesti macam zombie. Habis presentation, studio kosong. Semua pakat dok bantai tidur.
Okay. Masa untuk buat site visit dekat toilet. Adios.

No comments:
Post a Comment