Susah sebenarnya bila kita suka secretly kat seseorang.
Pakaian kita kalau boleh biarlah nampak kemas supaya dia perasan akan kita. Hari-hari kita nak nampak dia. Nampak beg dia pun dah cukup rasa bahagia. Bila kita nampak dia tengah makan kat cafe, secara automatiknya kita pun akan terus beli makanan, cari tempat yang boleh nampak dia, walaupun perut tak terasa nak makan pun. Bila kita tahu dia suka makan aiskrim perisa strawberry, secara automatiknya kita pun akan beli aiskrim perisa strawberry walaupun itu bukan first choice flavor pilihan kita dan color pink tiba-tiba jadi favourite pulak. Bila kita nampak satu hari itu dia pakai baju melayu color teal, secara automatiknya kita pun beli tudung color teal, purse color teal, dan kalau boleh basikal pun color teal. Bila kita tahu dia join satu event ni, kita pun secara automatiknya nak join event tersebut, walaupun tak tahu apa benda event yang kita masuk tu.
Well, maybe bukan kita. Maybe aku sahaja. Oh, apa sudah jadi dengan hidup aku. Aku suka perisa vanilla, kenapa beli aiskrim strawberry. Aku tak suka warna biru, tapi aku beli purse warna biru, dan aku tak suka makan dekat cafe, tiba-tiba aku boleh pulak breakfast dekat cafe. Damn.

No comments:
Post a Comment