Setiap kali aku perkenalkan diri sebagai budak dari KAED majoring dalam architecture kepada budak-budak course lain, dorang selalu tanya ;
" Budak KAED lukis-lukis je ke?"
" Korang ada subjek teori ke?"
" Budak KAED belajar apa je?"
" Korang tak ada final exam ke?"
Ehem.
Nope. Kitorng tak belajar lukis-lukis sahaja. Subjek lukis cuma ada dua je sepanjang degree ni. Architectural Graphic dengan Working Drawing. Subjek design pula bukan lukis semata-mata tapi adalah subjek di mana kami kena integrate kan subjek teori dan lukis ketika design building. Mana boleh design suka hati. Sebagai contoh, residential building dengan hospital guna foundation yang lain-lain, bergantung kepada jenis tanah, capacity manusia, net load dan environment. Disini lah praktikkan subjek teori kami. Subjek Building Construction and Materials. My strongest subject so far. Subjek ini lebih kepada engineering. Kami belajar pasal columns, beams, joists, walls, roofs, flooring, timber, bricks, trusses dan banyak lagi. Lagi, History in Architecture, my weakest subject, sejarah architecture waktu Mesopotamia, Indus Valley, Egypt, Islamic Architecture, Frank Loyd Wright's punya style, Le Crobusier's, Koca Mimar Sinan's, dan banyak lagi.
Environmental Science and System, lebih kepada subjek sains. Kami belajar cara nak design building tanpa cari pasal dengan environment, pasal cuaca, pasal matahari dan sebagainya. Land Surveying, macam subjek geografi. Kalau nampak orang pegang camera color kuning tepi jalan tu, tulah yang kami belajar. And there's Building Services, pasal lighting, heating, ventilation, lebih ke arah engineering jua. Dan jugak subjek Structure, physic kami. Building Contract and Administration pula subjek law + economy kami, Cultural and Human Behaviour, subjek sosiology, dan juga subjek Landscape, Urban Planning serta banyak lagi. Dan sekarang, aku tengah ambil subjek AutoCad. Oh ye, satu lagi, subjek Quran, Sunnah and Built Environment. Subjek nilah yang ajar kami apa itu Islamic Architecture, and believe it or not, masjid boleh jadi bukan Islamic Architecture. Oleh itu, SIAPA KATA KITORANG BELAJAR LUKIS-LUKIS JE DAN TAK BELAJAR SUBJEK TEORI ??!
...dan aku ingatkan architecture ni banyak subjek mathematics.
“An architect knows something about everything.
An engineer knows everything about one thing.”
Final exam? Sudah 100 peratus tentu. Tapi bagi kami, final examination week adalah minggu yang heaven sebab dah lepas subjek Design. Subjek design adalah subjek yang paling susah nak di tackle sebab there's no right and there's no wrong. You have to justified your own design and you have to convince and somewhat woo the lecturers about what truly lies within your design. And may I say, lecturers can be overly cruel and harsh sometimes.
"....tapi budak KAED mesti terer bila presentation kan?"
Oh itu,well, bergantung kepada kredibiliti dan confidence seseorang. Ada yang design hebat tapi tak pandai present. Ada pula yang design hampeh tapi bila present, sangat superb. Tapi, yup, kitorang dah biasa buat presentation. Dah biasa kena kutuk. Dah biasa design kena reject. So, budak KAED pun macam budak course lain. Cuma kami creative je. :)
Cissss......



No comments:
Post a Comment